KURSUS MANIKAYU PERINGKAT 1
 
Kursus ini adalah berbentuk ceramah selama 8 jam. Mempunyai 8 sidang keseluruhannya. Berikut adalah jadual sidang bagi Manikayu 1 :
 
Bil.
Masa
Tajuk Sidang
1. 08.00 - 08.50 am Sejarah Pergerakan Pengakap
2. 09.00 - 09.50 am Tujuan & Prinsip Pergerakan Pengakap
3. 10.00 - 10.50 am Tanggungjawab seorang pemimpin
4. 11.00 - 11.50 am Persetiaan & Undang-undang
5. 12.00 - 12.50 pm Pakaian Seragam
6. 02.00 - 02.50 pm Organisasi PPM, Negeri & Daerah
7. 03.00 - 03.50 pm Penubuhan & Pentadbiran Kumpulan
8. 04.00 - 04.50 pm Aktiviti & Istiadat
 
Para peserta kursus bersedia untuk mendengar ceramah daripada jurulatih yang bertugas. Jumlah peserta adalah 50 orang untuk satu kursus. Habis jer kursus dapat lah sijil manikayu 1.
   
Jurulatih sedang memberi ceramah kepada para peserta. Bahan mengajar yang digunakan ialah OHP, whiteboard dan juga nota-nota. Penceramah bagi kursus ini mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 2 bead manikayu.
   
Selain ceramah, kursus ini juga menjalankan praktikal seperti menjalankan istiadat-istiadat yang telah diajar secara teori. Antara istiadat ialah Istiadat mengibarkan/menurunkan bendera dan juga istiadat akela bagi pengakap kanak-kanak.
 
<< Klik di sini